AKTIVITI /KAJIAN












KAJIAN KES GEJALA MEROKOK DI KALANGAN 
PELAJAR LELAKI SMK KAMARUL ARIFFIN


1.      GEJALA MEROKOK

Peratusan pelajar merokok
Merokok
tidak merokok
19
21

Graf menunjukkan peratusan gejala merokok di kalangan pelajar lelaki SMK Kamarul Ariffin, Labis. Sebanyak 53% pelajar iaitu seramai 21  daripada 40 orang responden adalah tidak merokok, manakala sebanyak 47% pelajar bersamaan dengan 19 orang dari kalangan responden adalah merupakan perokok. Soal selidik yang dijalankan secara rawak di kalangan pelajar lelaki tingkatan 1 hingga 5 seramai 40 orang mewakili pelajar- pelajar lelaki SMK Kamarul Ariffin secara keseluruhannya.
Daripada soal selidik yang telah dijalankan, majoriti pelajar merokok terdiri dari tingkatan 3 dan ke atas. Mereka merokok disebabkan beberapa factor antaranya pengaruh rakan, pengaruh dari ahli keluarga yang merokok, akibat bosan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, gejala merokok di kalangan pelajar lelaki SMK Kamarul Ariffin berada pada tahap yang membimbangkan kerana hampir separuh di kalangan pelajar adalah perokok. Perkara ini harus dipandang serius agar dapat dibendung supaya gejala merokok ini tidak terus menular di kalangan remaja- remaja SMK Kamarul Ariffin.
2.      KUANTITI ROKOK DALAM SEHARI


Bilangan batang rokok sehari
Jumlah

1 - 5 btg
11
6-10 btg
5
11-15 btg
1
16-20 btg
1






            Berdasarkan jadual, terdapat 11 orang pelajar yang merokok antara 1 hingga 5 batang sehari. Seramai 5 orang yang merokok sebanyak 6 hingga 10 batang sehari, manakala 11 hingga 15 batang sehari dan 16 hingga 20 batang sehari seramai seorang setiap kategori.
            Berdasarkan graf yang ditunjukkan, remaja lelaki SMK Kamarul Ariffin paling ramai merokok sebanyak 1 hingga 5 batang sehari. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kewangan yang dihadapi oleh pelajar yang masih bergantung kepada duit saku daripada ibu bapa.


3.      JENAMA ROKOK
Jenama rokok
Dunhill
4
Canyon
2
John
7
Suria
3
Winston
2
                  
Berdasarkan jadual, dapat kita nyatakan bahawa seramai 7 orang menghisap rokok jenama John, 4 orang menghisap rokok jenama Dunhill, 3 orang menghisap rokok jenama Suria dan jenama Canyon dan Winston masing- masing 2 orang.
            Berdasarkan carta pai, 39% pelajar menghisap rokok jenama John kerana rokok tersebut lebih murah berbanding rokok jenama lain, iaitu berharga RM2.00 untuk sekotak rokok. Manakala 11% diwakili oleh rokok jenama Canyon dan Winston kerana harganya lebih mahal berbanding jenama lain.

4.      SUMBER PEROLEHAN ROKOK
Sumber rokok
beli sendiri (beb batang)
14
beli sendiri(kotak)
1
melalui kawan
10
ahli keluarga
0
Berdasarkan carta pai, sebanyak 56% pelajar membeli sendiri beberapa batang rokok dan terdapat 40% memperolehi rokok daripada kawan- kawan. Manakala 4% lagi terdapat segelintir pelajar yang membeli sendiri rokok secara kotak.
            Memandangkan responden adalah di kalangan pelajar sekolah yang tiada pendapatan, maka mereka hanya mampu untuk membeli beberapa batang rokok untuk dihisap sehari- hari. Pelajar lelaki SMK Kamarul Ariffin masih dalam keadaan berjinak- jinak dengan rokok.

5.      FAKTOR MENGAPA PELAJAR MEROKOK
Faktor merokok
FAKTOR
KEKERAPAN
kawan
13
ahli keluarga
1
stress
7
ingin mencuba
8
      
            Berdasarkan carta pai, terdapat 45% pelajar merokok akibat factor pengaruh rakan sebaya. 28% didorong oleh perasaan ingin mencuba dan 24% pelajar merokok kerana disebabkan oleh tekanan. Hanya 3% sahaja yang terpengaruh dengan ahli keluarga yang merokok.
            Rakan sebaya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi gejala merokok setiap individu. Ini kerana pada peringkat remaja, para pelajar lebih selesa bersama teman- teman berbanding dengan bersama keluarga.
6.      TEMPAT KEBIASAAN MEROKOK

Tempat merokok
Lokasi
bil pelajar
rumah
5
sekolah
0
kompleks beli belah
2
tempat ibadat
1
kedai makan
12
perhentian bas
10
Berdasarkan carta pai, terdapat 40% bersamaan dengan 12 responden yang merokok di kedai makan, manakala sebanyak 33% merokok di perhentian bas. Pelajar lebih gemar untuk merokok di kedai makan kerana mereka lebih selesa dengan keadaan santai dan selesa seperti di kedai makan. Sehubungan itu juga, perokok akan menghisap rokok sebaik sahaja selepas makan. Maka tidak mustahil kedai makan merupakan tempat tumpuan pelajar merokok.
7.      SITUASI KEADAAN MEROKOK
Masa Merokok
situasi
bil pelajar
stress
4
bosan
4
selepas makan
6
waktu belajar
1
menonton
0
menghadiri kelas
0
lepak/ santai
13
            Berdasarkan carta pai, sebanyak 47% pelajar menghisap rokok semasa bersantai dan melepak bersama teman- teman. Manakala terdapat 21% pelajar akan menghisap rokok selepas makan. Ini kerana semasa melepak bersama kawan- kawan inilah terjadinya pujuk- memujuk untuk menghisap rokok, dan dari situ pelajar akan terpengaruh dengan rakan sebaya yang menghisap rokok.
8.      KEBIASAAN MEROKOK BERSAMA TEMAN
Teman merokok
teman semasa merokok
bil pelajar
sendiri
9
ahli keluarga
0
kawan
17
Berdasarkan carta pai, sebanyak 65% pelajar bersamaan dengan 17 orang responden daripada 40 orang responden kebiasaannya merokok bersama kawan- kawan, dan 35% pelajar biasanya merokok seorang diri. Remaja lebih gemar merokok bersama kawan- kawan yang juga perokok. Disebabkan itulah, kawan merupakan faktor utama pelajar merokok.



9.      AHLI KELUARGA YANG MEROKOK
Berdasarkan carta pai, sebanyak 52% ahli keluarga para pelajar yang tidak merokok. Dan sebanyak 48% terdapat ahli keluarga yang merokok. Ahli keluarga yang merokok terdiri daripada ayah ataupun abang. Berdasarkan soal selidik, didapati bahawa jika terdapat ahli keluarga yang merokok, maka golongan pelajar akan cenderung untuk merokok. Hal ini kerana pelajar mudah terpengaruh dengan persekitaran di rumah di mana mereka terdedah dengan persekitaran keluarga yang merokok.








10.  CUBAAN BERHENTI MEROKOK
                    Berdasarkan carta pai, sebanyak 86% pelajar setuju untuk berhenti merokok, manakala sebanyak 14% masih ingin meneruskan tabiat merokok. Sebahagian besar pelajar berkeinginan untuk berhenti merokok. Ini kerana pelajar sedar akan keburukan dan kemudaratan yang timbul akibat gejala merokok. Melalui soal selidik yang dijalankan juga, terdapat pelajar yang beberapa kali cuba berhenti merokok tetapi tidak berjaya. 14% yang diwakili oleh 3 orang pelajar daripada 40 orang responden tidak berhasrat untuk berhenti merokok mungkin disebabkan oleh faktor kewangan yang tiada masalah dan faktor keluarga yang tidak kisah anak mereka merokok.





11.  KEINGINAN UNTUK BERHENTI MEROKOK SEKARANG
            Sebanyak 71% pelajar yang ingin berhenti merokok sekarang, iaitu berhenti merokok serta- merta. Manakala sebanyak 29% lagi tidak berhasrat untuk berhenti merokok serta- merta. Hal ini kerana pelajar masih kurang didedahkan tentang bahaya merokok. Tambahan pula jika ibu bapa tidak mengambil kisah akan perbuatan anak- anak yang merokok. Maka para remaja tidak berasa sangsi untuk menghisap rokok.








12.  BANTUAN UNTUK BERHENTI MEROKOK
            Berdasarkan carta pai, sebanyak 62% pelajar tidak memerlukan bantuan untuk berhenti merokok, yang bermaksud para pelajar boleh berhenti merokok dengan keazaman sendiri. Manakala sebanyak 38% pelajar memerlukan bantuan untuk berhenti merokok, bantuan dari segi semangat, disiplin dan sebagainya.
            Para remaja perokok terutama pelajar- pelajar lelaki SMK Kamarul Ariffin berhasrat untuk berhenti merokok tanpa bantuan individu lain kerana mereka maklum tentang kesan akibat merokok. Dewasa ini banyak pendedahan yang diketengahkan tentang bahaya merokok seperi televisyen, radio, internet, surat khabar dan sebagainya, jadi secara tidak langsung memberi maklumat kepada pelajar tentang bahaya merokok.





13.  MENGAMBIL BAHAN LAIN SELAIN ROKOK
                  Berdasarkan carta pai, sebanyak 95% peratus pelajar- pelajar SMK Kamarul Ariffin tidak mengambil bahan- bahan lain selain rokok seperti heroin, pil kuda, hidu gam dan syisya. Hanya 5% sahaja yang bersamaan dengan 1 orang pelajar yang mengambil bahan lain selain rokok iaitu syisya.
                  Berdasarkan carta, boleh disimpulkan bahawa pelajar- pelajar SMK Kamarul Ariffin tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat di luar sekolah. Tetapi langkah berjaga- jaga perlu diambil untuk membendung pelajar daripada terjebak dengan gejala tidak sihat. Ini kerana di luar waktu persekolahan pelajar sangat terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat. Jika pelajar tidak mempunyai jati diri yang kuat, akan mudah terjebak dengan gejala negatif ini.
 


MESYUARAT GURU TENTANG PPDa


Pelajar dan guru menyiapkan ruang PPDa













pengajaran dan pembelajaran di bilik PPDa







AKTIVITI    PPDa 2013......

 Tingkatan 5





Tingkatan 4
Tingkatan3
Tingkatan 2
Tingkatan 1