PENTADBIR

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan InayahNya, Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah ini telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan pada tahun 2013. Pewujudan Bilik Sumber PPDa ini merupakan satu usaha sekolah dalam menyahut saranan Pejabat Pendidikan Daerah untuk mewujudkan Bilik Sumber PPDa di semua sekolah dalam daerah Segamat. 

Rasional pewujudan Bilik Sumber PPDa adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan pelajar terhadap najis dadah dalam kehidupan dan seterusnya melaksanakan langkah- langkah pencegahan. Justeru itu, pewujudan Bilik Sumber PPDa menjadi amat bermakna jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pelajar, staf, guru dan juga masyarakat sekeliling.

Saya berharap Bilik sumber PPDa akan menjadi mekanisme bagi memberi kesedaran dan pencegahan di samping meneruskan hubungan baik dengan agensi- agensi yang berkenaan. Kesemua usaha giat ini diharapkan membuahkan natijah positif ke arah yang lebih baik samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Diharapkan juga Bilik Sumber PPDa ke arah sekolah bebas dadah dapat dicapai.

Manakala pembinaan Blog PPDa ini pula, akan dapat memantap dan mengukuhkan lagi usaha-usaha ke arah mencapai matlamat , memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat mengenai bahaya dadah serta berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "SEKOLAH BEBAS DADAH SELAMANYA".

Tahniah kepada AJK guru, staf dan pelajar yang telah bekerjasama sehingga berjaya mewujudkan Bilik Sumber PPDa dan saya berharap bilik sumber ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga sekolah.

Sekian, terima kasih.  

Yang benar,
Tuan Haji Zainal Abidin bin Sakiran
Pengetua, SMK Kamarul Ariffin, Labis.




Add caption


DARI PENA GPK PENTADBIRAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua warga SMK. Kamarul Ariffin, Labis.
Tahniah dan syabas kepada warga kerja blog PPDa kerana berjaya mewujudkan blog PPDa SMK Kamarul Ariffin, Labis.
Dengan wujudnya laman blog ini diharap dapat memberi maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada para pelajar dan setiap pengunjung yang akses kepada blog ini.
Kesan bahaya dadah sangat besar kepada masyarakat dan golongan yang mudah terpengaruh dengan dadah adalah golongan remaja. Diharap dengan maklumat yang berkesan dan berguna dapat memberi impak kepada pelajar berkaitan bahayanya dadah.
Sama- sama kita mewujudkan gaya hidup sihat dan menanamkan sifat benci dadah dalam diri kita.

Sekian, terima kasih. 
( GAN SWEE CHONG)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin, Labis


TINTA GPK HEM  
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

KEPADA SEMUA WARGA SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS.

TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN SEKALUNG PENGHARGAAN DI ATAS KEJAYAAN MEWUJUDKAN LAMAN BLOG PPDa SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS.
         KEWUJUDAN LAMAN BLOG INI DIHARAPKAN DAPAT MENJADI RUJUKAN KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH TENTANG BAHAYA SERTA ANCAMAN SEKIRANYA TERLIBAT DENGAN DADAH.
             MAKLUMAT YANG DIPEROLEH DARIPADA LAMAN BLOG INI DIHARAPAKAN DAPAT MEMBERI DAN MENAMBAH PENGETAHUAN, KESEDARAN DAN PERINGATAN KEPADA SEMUA ORANG AGAR SAMA-SAMA MENJAUHI DAN MENENTANG ANCAMAN DADAH DAN SETERUSNYA MEMBENTUK SASARAN SEKOLAH BEBAS DADAH SELAMA-LAMANYA
            AKHIR KALAM, BERSAMA-SAMALAH KITA DALAM MENJAYAKAN VISI DAN MISI BILIK PPDa SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS

SEKIAN TERIMA KASIH.


ROSMAN BIN ISHAK
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMARUL ARIFFIN, LABIS


Add caption
TINTA GPK KO- KURIKULUM

Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada warga kerja blog PPDa SMK Kamarul Ariffin kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoret kata- kata di ruangan ini.
          Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga kerja laman blog PPDa SMK Kamarul Ariffin kerana berjaya menyempurnakan laman blog ini. Diharapkan dengan wujudnya blog ini di alam maya dapat menambahkan maklumat kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini.
          Melalui kerjasama yang padu dari Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid, saya percaya bahawa pendidikan pencegahan dadah sekolah ini akan berada pada tahap yang baik dan terus meningkat pada tahun- tahun akan datang.
          Dengan adanya kesepaduan semua pihak, saya menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi, bahawa Unit Ko-Kurikulum sekolah ini dapat membantu  program pendidikan pencegahan dadah dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini serta selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian terima kasih.
HAMRI BIN HASHIM
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS