KAJIAN KES GEJALA MEROKOK DI KALANGAN
PELAJAR LELAKI SMK KAMARUL ARIFFIN
1.
GEJALA MEROKOK
Peratusan pelajar merokok
|
|
Merokok
|
tidak merokok
|
19
|
21
|
Graf menunjukkan peratusan gejala merokok di
kalangan pelajar lelaki SMK Kamarul Ariffin, Labis. Sebanyak 53% pelajar iaitu
seramai 21 daripada 40 orang responden
adalah tidak merokok, manakala sebanyak 47% pelajar bersamaan dengan 19 orang
dari kalangan responden adalah merupakan perokok. Soal selidik yang dijalankan
secara rawak di kalangan pelajar lelaki tingkatan 1 hingga 5 seramai 40 orang
mewakili pelajar- pelajar lelaki SMK Kamarul Ariffin secara keseluruhannya.
Daripada soal selidik yang telah dijalankan,
majoriti pelajar merokok terdiri dari tingkatan 3 dan ke atas. Mereka merokok
disebabkan beberapa factor antaranya pengaruh rakan, pengaruh dari ahli
keluarga yang merokok, akibat bosan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, gejala merokok di kalangan
pelajar lelaki SMK Kamarul Ariffin berada pada tahap yang membimbangkan kerana hampir
separuh di kalangan pelajar adalah perokok. Perkara ini harus dipandang serius
agar dapat dibendung supaya gejala merokok ini tidak terus menular di kalangan
remaja- remaja SMK Kamarul Ariffin.
2. KUANTITI
ROKOK DALAM SEHARI
Bilangan batang rokok sehari
|
|
Jumlah
|
|
1 - 5 btg
|
11
|
6-10 btg
|
5
|
11-15 btg
|
1
|
16-20 btg
|
1
|
Berdasarkan jadual, terdapat 11 orang pelajar yang
merokok antara 1 hingga 5 batang sehari. Seramai 5 orang yang merokok sebanyak
6 hingga 10 batang sehari, manakala 11 hingga 15 batang sehari dan 16 hingga 20
batang sehari seramai seorang setiap kategori.
Berdasarkan graf yang ditunjukkan, remaja lelaki SMK
Kamarul Ariffin paling ramai merokok sebanyak 1 hingga 5 batang sehari. Hal ini
mungkin disebabkan oleh faktor kewangan yang dihadapi oleh pelajar yang masih
bergantung kepada duit saku daripada ibu bapa.
3.
JENAMA ROKOK
Jenama rokok
|
|
Dunhill
|
4
|
Canyon
|
2
|
John
|
7
|
Suria
|
3
|
Winston
|
2
|
Berdasarkan
jadual, dapat kita nyatakan bahawa seramai 7 orang menghisap rokok jenama John,
4 orang menghisap rokok jenama Dunhill, 3 orang menghisap rokok jenama Suria
dan jenama Canyon dan Winston masing- masing 2 orang.
Berdasarkan carta pai, 39% pelajar menghisap rokok jenama
John kerana rokok tersebut lebih murah berbanding rokok jenama lain, iaitu
berharga RM2.00 untuk sekotak rokok. Manakala 11% diwakili oleh rokok jenama
Canyon dan Winston kerana harganya lebih mahal berbanding jenama lain.
4.
SUMBER PEROLEHAN ROKOK
Sumber rokok
|
|
beli sendiri (beb
batang)
|
14
|
beli sendiri(kotak)
|
1
|
melalui kawan
|
10
|
ahli keluarga
|
0
|
Berdasarkan
carta pai, sebanyak 56% pelajar membeli sendiri beberapa batang rokok dan
terdapat 40% memperolehi rokok daripada kawan- kawan. Manakala 4% lagi terdapat
segelintir pelajar yang membeli sendiri rokok secara kotak.
Memandangkan responden adalah di kalangan pelajar sekolah
yang tiada pendapatan, maka mereka hanya mampu untuk membeli beberapa batang
rokok untuk dihisap sehari- hari. Pelajar lelaki SMK Kamarul Ariffin masih
dalam keadaan berjinak- jinak dengan rokok.
5.
FAKTOR MENGAPA PELAJAR MEROKOK
Faktor merokok
|
|
FAKTOR
|
KEKERAPAN
|
kawan
|
13
|
ahli keluarga
|
1
|
stress
|
7
|
ingin mencuba
|
8
|
Berdasarkan carta pai, terdapat 45% pelajar merokok
akibat factor pengaruh rakan sebaya. 28% didorong oleh perasaan ingin mencuba
dan 24% pelajar merokok kerana disebabkan oleh tekanan. Hanya 3% sahaja yang
terpengaruh dengan ahli keluarga yang merokok.
Rakan sebaya memainkan peranan yang besar dalam
mempengaruhi gejala merokok setiap individu. Ini kerana pada peringkat remaja,
para pelajar lebih selesa bersama teman- teman berbanding dengan bersama
keluarga.
6.
TEMPAT KEBIASAAN MEROKOK
Tempat merokok
|
|
Lokasi
|
bil pelajar
|
rumah
|
5
|
sekolah
|
0
|
kompleks beli belah
|
2
|
tempat ibadat
|
1
|
kedai makan
|
12
|
perhentian bas
|
10
|
Berdasarkan
carta pai, terdapat 40% bersamaan dengan 12 responden yang merokok di kedai
makan, manakala sebanyak 33% merokok di perhentian bas. Pelajar lebih gemar
untuk merokok di kedai makan kerana mereka lebih selesa dengan keadaan santai
dan selesa seperti di kedai makan. Sehubungan itu juga, perokok akan menghisap
rokok sebaik sahaja selepas makan. Maka tidak mustahil kedai makan merupakan
tempat tumpuan pelajar merokok.
7.
SITUASI KEADAAN MEROKOK
Masa Merokok
|
|
situasi
|
bil pelajar
|
stress
|
4
|
bosan
|
4
|
selepas makan
|
6
|
waktu belajar
|
1
|
menonton
|
0
|
menghadiri kelas
|
0
|
lepak/ santai
|
13
|
Berdasarkan carta pai, sebanyak 47% pelajar menghisap
rokok semasa bersantai dan melepak bersama teman- teman. Manakala terdapat 21%
pelajar akan menghisap rokok selepas makan. Ini kerana semasa melepak bersama
kawan- kawan inilah terjadinya pujuk- memujuk untuk menghisap rokok, dan dari
situ pelajar akan terpengaruh dengan rakan sebaya yang menghisap rokok.
8.
KEBIASAAN MEROKOK BERSAMA TEMAN
Teman merokok
|
|
teman semasa merokok
|
bil pelajar
|
sendiri
|
9
|
ahli keluarga
|
0
|
kawan
|
17
|
Berdasarkan
carta pai, sebanyak 65% pelajar bersamaan dengan 17 orang responden daripada 40
orang responden kebiasaannya merokok bersama kawan- kawan, dan 35% pelajar
biasanya merokok seorang diri. Remaja lebih gemar merokok bersama kawan- kawan
yang juga perokok. Disebabkan itulah, kawan merupakan faktor utama pelajar
merokok.
9. AHLI
KELUARGA YANG MEROKOK
Berdasarkan
carta pai, sebanyak 52% ahli keluarga para pelajar yang tidak merokok. Dan
sebanyak 48% terdapat ahli keluarga yang merokok. Ahli keluarga yang merokok
terdiri daripada ayah ataupun abang. Berdasarkan soal selidik, didapati bahawa
jika terdapat ahli keluarga yang merokok, maka golongan pelajar akan cenderung
untuk merokok. Hal ini kerana pelajar mudah terpengaruh dengan persekitaran di
rumah di mana mereka terdedah dengan persekitaran keluarga yang merokok.
10. CUBAAN
BERHENTI MEROKOK
Berdasarkan carta pai,
sebanyak 86% pelajar setuju untuk berhenti merokok, manakala sebanyak 14% masih
ingin meneruskan tabiat merokok. Sebahagian besar pelajar berkeinginan untuk
berhenti merokok. Ini kerana pelajar sedar akan keburukan dan kemudaratan yang
timbul akibat gejala merokok. Melalui soal selidik yang dijalankan juga, terdapat
pelajar yang beberapa kali cuba berhenti merokok tetapi tidak berjaya. 14% yang
diwakili oleh 3 orang pelajar daripada 40 orang responden tidak berhasrat untuk
berhenti merokok mungkin disebabkan oleh faktor kewangan yang tiada masalah dan
faktor keluarga yang tidak kisah anak mereka merokok.
11.
KEINGINAN UNTUK BERHENTI MEROKOK SEKARANG
Sebanyak 71% pelajar yang ingin berhenti merokok
sekarang, iaitu berhenti merokok serta- merta. Manakala sebanyak 29% lagi tidak
berhasrat untuk berhenti merokok serta- merta. Hal ini kerana pelajar masih
kurang didedahkan tentang bahaya merokok. Tambahan pula jika ibu bapa tidak
mengambil kisah akan perbuatan anak- anak yang merokok. Maka para remaja tidak
berasa sangsi untuk menghisap rokok.
12.
BANTUAN UNTUK BERHENTI MEROKOK
Berdasarkan carta pai, sebanyak 62% pelajar tidak
memerlukan bantuan untuk berhenti merokok, yang bermaksud para pelajar boleh
berhenti merokok dengan keazaman sendiri. Manakala sebanyak 38% pelajar
memerlukan bantuan untuk berhenti merokok, bantuan dari segi semangat, disiplin
dan sebagainya.
Para remaja perokok terutama pelajar- pelajar lelaki SMK
Kamarul Ariffin berhasrat untuk berhenti merokok tanpa bantuan individu lain
kerana mereka maklum tentang kesan akibat merokok. Dewasa ini banyak pendedahan
yang diketengahkan tentang bahaya merokok seperi televisyen, radio, internet,
surat khabar dan sebagainya, jadi secara tidak langsung memberi maklumat kepada
pelajar tentang bahaya merokok.
13.
MENGAMBIL BAHAN LAIN SELAIN ROKOK
Berdasarkan carta pai, sebanyak 95% peratus
pelajar- pelajar SMK Kamarul Ariffin tidak mengambil bahan- bahan lain selain
rokok seperti heroin, pil kuda, hidu gam dan syisya. Hanya 5% sahaja yang
bersamaan dengan 1 orang pelajar yang mengambil bahan lain selain rokok iaitu
syisya.
Berdasarkan carta, boleh disimpulkan bahawa
pelajar- pelajar SMK Kamarul Ariffin tidak terjebak dengan gejala yang tidak
sihat di luar sekolah. Tetapi langkah berjaga- jaga perlu diambil untuk
membendung pelajar daripada terjebak dengan gejala tidak sihat. Ini kerana di
luar waktu persekolahan pelajar sangat terdedah kepada persekitaran yang tidak
sihat. Jika pelajar tidak mempunyai jati diri yang kuat, akan mudah terjebak
dengan gejala negatif ini.
MESYUARAT GURU TENTANG PPDa
Pelajar dan guru menyiapkan ruang PPDa