Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan InayahNya, Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) sekolah ini telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan pada tahun 2013. Pewujudan Bilik Sumber PPDa ini merupakan satu usaha sekolah dalam menyahut saranan Pejabat Pendidikan Daerah untuk mewujudkan Bilik Sumber PPDa di semua sekolah dalam daerah Segamat.
Rasional pewujudan Bilik Sumber PPDa adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan pelajar terhadap najis dadah dalam kehidupan dan seterusnya melaksanakan langkah- langkah pencegahan. Justeru itu, pewujudan Bilik Sumber PPDa menjadi amat bermakna jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pelajar, staf, guru dan juga masyarakat sekeliling.
Saya berharap Bilik sumber PPDa akan menjadi mekanisme bagi memberi kesedaran dan pencegahan di samping meneruskan hubungan baik dengan agensi- agensi yang berkenaan. Kesemua usaha giat ini diharapkan membuahkan natijah positif ke arah yang lebih baik samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Diharapkan juga Bilik Sumber PPDa ke arah sekolah bebas dadah dapat dicapai.
Manakala pembinaan Blog PPDa ini pula, akan dapat memantap dan mengukuhkan lagi usaha-usaha ke arah mencapai matlamat , memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat mengenai bahaya dadah serta berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "SEKOLAH BEBAS DADAH SELAMANYA".

Tahniah kepada AJK guru, staf dan pelajar yang telah bekerjasama sehingga berjaya mewujudkan Bilik Sumber PPDa dan saya berharap bilik sumber ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga sekolah.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Tuan Haji Zainal Abidin bin Sakiran
Pengetua, SMK Kamarul Ariffin, Labis.
DARI PENA GPK PENTADBIRAN
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua warga SMK. Kamarul Ariffin, Labis.
TINTA GPK HEM
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA
KEPADA SEMUA WARGA SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS.
TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN SEKALUNG PENGHARGAAN DI ATAS KEJAYAAN MEWUJUDKAN LAMAN BLOG PPDa SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS.
KEWUJUDAN LAMAN BLOG INI DIHARAPKAN DAPAT MENJADI RUJUKAN KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH TENTANG BAHAYA SERTA ANCAMAN SEKIRANYA TERLIBAT DENGAN DADAH.
MAKLUMAT YANG DIPEROLEH DARIPADA LAMAN BLOG INI DIHARAPAKAN DAPAT MEMBERI DAN MENAMBAH PENGETAHUAN, KESEDARAN DAN PERINGATAN KEPADA SEMUA ORANG AGAR SAMA-SAMA MENJAUHI DAN MENENTANG ANCAMAN DADAH DAN SETERUSNYA MEMBENTUK SASARAN SEKOLAH BEBAS DADAH SELAMA-LAMANYA
AKHIR KALAM, BERSAMA-SAMALAH KITA DALAM MENJAYAKAN VISI DAN MISI BILIK PPDa SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS
SEKIAN TERIMA KASIH.
ROSMAN BIN ISHAK
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMARUL ARIFFIN, LABIS
TINTA GPK KO- KURIKULUM
Add caption |
DARI PENA GPK PENTADBIRAN
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua warga SMK. Kamarul Ariffin, Labis.
Tahniah dan syabas
kepada warga kerja blog PPDa kerana berjaya mewujudkan blog PPDa SMK Kamarul
Ariffin, Labis.
Dengan wujudnya
laman blog ini diharap dapat memberi maklumat yang berguna dan bermanfaat
kepada para pelajar dan setiap pengunjung yang akses kepada blog ini.
Kesan bahaya dadah
sangat besar kepada masyarakat dan golongan yang mudah terpengaruh dengan dadah
adalah golongan remaja. Diharap dengan maklumat yang berkesan dan berguna dapat
memberi impak kepada pelajar berkaitan bahayanya dadah.
Sama- sama kita
mewujudkan gaya
hidup sihat dan menanamkan sifat benci dadah dalam diri kita.
Sekian, terima
kasih.
( GAN SWEE
CHONG)
Guru
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin, LabisTINTA GPK HEM
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA
KEPADA SEMUA WARGA SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS.
TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN SEKALUNG PENGHARGAAN DI ATAS KEJAYAAN MEWUJUDKAN LAMAN BLOG PPDa SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS.
KEWUJUDAN LAMAN BLOG INI DIHARAPKAN DAPAT MENJADI RUJUKAN KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH TENTANG BAHAYA SERTA ANCAMAN SEKIRANYA TERLIBAT DENGAN DADAH.
MAKLUMAT YANG DIPEROLEH DARIPADA LAMAN BLOG INI DIHARAPAKAN DAPAT MEMBERI DAN MENAMBAH PENGETAHUAN, KESEDARAN DAN PERINGATAN KEPADA SEMUA ORANG AGAR SAMA-SAMA MENJAUHI DAN MENENTANG ANCAMAN DADAH DAN SETERUSNYA MEMBENTUK SASARAN SEKOLAH BEBAS DADAH SELAMA-LAMANYA
AKHIR KALAM, BERSAMA-SAMALAH KITA DALAM MENJAYAKAN VISI DAN MISI BILIK PPDa SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS
SEKIAN TERIMA KASIH.
ROSMAN BIN ISHAK
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMARUL ARIFFIN, LABIS
Add caption |
Saya amat
bersyukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada warga kerja blog PPDa
SMK Kamarul Ariffin kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoret kata-
kata di ruangan ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga kerja laman blog
PPDa SMK Kamarul Ariffin kerana berjaya menyempurnakan laman blog ini.
Diharapkan dengan wujudnya blog ini di alam maya dapat menambahkan maklumat
kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini.
Melalui kerjasama yang padu dari Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, staf
sokongan dan murid-murid, saya percaya bahawa pendidikan pencegahan dadah
sekolah ini akan berada pada tahap yang baik dan terus meningkat pada tahun-
tahun akan datang.
Dengan adanya kesepaduan semua pihak, saya menaruh harapan dan keyakinan yang
tinggi, bahawa Unit Ko-Kurikulum sekolah ini dapat membantu program
pendidikan pencegahan dadah dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini
serta selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian terima
kasih.
HAMRI BIN HASHIM
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK KAMARUL ARIFFIN, LABIS